Monday, January 17, 2011

::GaYa RaMBuT BaRuKu::


Last week ieda sakit kepala sangat2 sampai 3 kali p klinik...so amik alternatif potong rambut pendek ala2 box org kata...ahahhahaaa, ini ler ropernyer....gemuk sgt...ahahahaaaa.....selepas aje potong rambut tuh terus aje aku free hair buat sementara waktu...dlama 2 jam aje...hehehhehehehe....lawak sgt pasal aku jarang buat hal cam ni sebelum ini selaian bersama Mr Hubby....Ni semua gara2 sayang rambut baru setting rrrr....P Cuci n Set Rambut kart Saloon Kakak Ipar Di PKNS Bangi...ahahaaaksssss gatal ler plak nak masuk blog....hehehehhehehheh...

::DaPaT JuGa Aku BeLi::


Hari ni aku p dentist kart BBB Seksyen 3 tp lambat sgt appoiment tuh, aku p gatal2 masuk kedai2 elektrik...sememangnya nak beli barang elektrik tok dpur tercinta kart umah sangkar nih....tp belum berkemampuan...itu yg sebabnya ada lebih duit stelah melaburkan dan menyimpan tok diri sendiri tak salah kiranya aku nak beli barang2 tok kepuasan diri sendiri.....dah lama dah aku inginkan benda nih....Food Chopper  pengganti Lesung Batu Kart umah tok bikin sambal....ahahahaaaksssss...dengan harga under rm100 aku telah memilikinya...best2..tak sabar nak main masak2.....esok nak cari benda lain plak....

Thursday, January 13, 2011

::K.W.S.P=A.H.B+T/Haji+G.S.P+A.S.B::

Semalam cukup satu minggu aku membuat permohonan pengeluaran KWSP untuk Pengeluaran Taraf Berpencen....Tadi masa semak akaun CIMB Clicks aku kart opis....eh, terkejut aku bila banyak yer duit lam akaun....bila check transaction...rupa2nya duit KWSP i dah masuk....YAHOOOOOO!!!!!!!Aku kan sakit kepala teramat sgt...hilang sekejap sakit kepala...tp aku tetap nak halfday keje..banyak hal aku nak settle...akhirnya dalam diam2 aku dah melabur sedikit dlm Amanah Hartanah Berhad(AHB), Investment Gold aku amik gak...beli gak ler emas (menyambut saranan mantan perdana menteri Tun Mahathir) tp esok baru nak proses...aku teramat puas hati dah banyak benda aku buat untuk faedah masa depan nanti....doakan saya ye....untuk melaburkan n menyimpan wang ini.....yes...amin....Aku juga telah berniat untuk mengasingkan duit tersebut untuk keperluan memperbaiki a.k.a modifite Baby Silver ku....Tak sabo nak tgk Baby berwajah baru...Ini semua ku serahkan kepada My Hubby untuk membantuku....Selain itu, aku telah berniat nak belikan Ummi Peti Ais+Mesin Basuh untuk kegunaan dikampung....itu aje yg aku mampu...Mudah2an tertunailah niat aku nih...Aku juga teringin nak beli barangan perabot kecik2 untuk rumahku sendiri....Aku juga nak beli Food Chopper+Microwave Oven Untuk Dapurku Tercinta...Hope Dapatlah....Aku berdoa semoga segalanya tertunai....amin...

Tuesday, January 11, 2011

::HaK & TanGGungJaWaB iSTeRi::


TAAT
Tanggungjawab utama seorang isteri ialah isteri perlulah taat dan patuh kepada suaminya. Kesetiaan isteri kepada suaminya perlu diutamakan terlebih dahulu lebih daripada keluarga terdekatnya sendiri.
Ini berdasarkan kepada sabda Rasulullah SAW:
Sekiranya aku ini orang yang menyuruh mana-mana orang supaya sujud kepada orang lain tentu sekali aku akan menyuruh isteri sujud kepada suaminya.
(Riwayat Abu Daud dan al-Hakim)

MELAYAN SUAMI
Si isteri juga hendaklah melayan kehendak suami dengan baik pada bila-bila masa sahaja. Hubungan yang perlu dijaga ialah hubungan kelamin antara kedua-duanya. Oleh sebab itu, si isteri hendaklah memastikan bahawa ia melayan kehendak suaminya.

Sabda Rasulullah SAW:

Apabila seorang suami mengajak isterinya ke tempat tidur, tetapi ia enggan melayan ajakan suaminya, maka suami tidur dengan marah pada waktu malam itu, nescaya malaikat mengutuknya sampai waktu subuh.
(Riwayat sebahagian Ahli Sunnah)
Untuk mengelakkan daripada digolongkan dalam golongan yang ingkar, maka isteri perlulah memenuhi kemahuan si suami jika tidak mempunyai alasan yang kukuh untuk menolaknya.

MENGURUS RUMAHTANGGA
Tugas seorang isteri ialah untuk menjadikan tempat tinggalnya sebagai satu tempat untuk berehat serta menghasilkan persekitaran yang menyenangkan. Isteri hendaklah menghias rumah itu supaya ia kelihatan damai dan rasa senang hati untuk tinggal di situ. Untuk menghias rumah itu, si isteri perlulah menghias mengikut kemampuan keperluan keluarga itu. Citarasa hiasan dalaman itu bergantung kepada suami isteri asalkan ia tidak melanggar hukum Islam.
Apabila si suami memberi wang perbelanjaan kepada si isteri, maka si isteri mestilah berbelanja dengan bijak serta tidak membazir-bazirkan wang pemberian suaminya. Si isteri hendaklah berbelanja mengikut keperluan dan bukannya hawa nafsu. Si isteri mestilah memahami keadaan ekonomi suami yang sibuk mencari nafkah yang mencukupi untuk keluarganya. Oleh sebab itu, si isteri hendaklah membuat perbelanjaan keluarganya dengan bijak supaya tidak ada perbelanjaan melebihi pendapatan. Maka, si isteri hendaklah berjimat- cermat dalam membuat pembelian supaya suami isteri itu hidup dalam serba kesederhanaan sahaja. Tanggungjawab Bersama.
Pengurusan rumahtangga adalah tanggungjawab seorang isteri. Walaupun mempunyai pembantu rumah, isteri masih bertanggungjawab untuk menyelia segala pengurusan rumah itu. Suami pula diharapkan dapat membantu si isteri dalam melakukan kerja-kerja rumah. Dengan adanya kerjasama daripada kedua-dua belah pihak, maka akan wujudlah sebuah keluarga bahagia serta dapat merapatkan lagi hubungan sesama mereka.

MENJAGA MARUAH DIRI, SUAMI DAN KELUARGA
Sebagai seorang isteri, isteri hendaklah menjaga maruah dan akhlak terutamanya apabila keluar dari rumah. Apabila si isteri keluar rumah kerana sebab-sebab tertentu seperti bekerja, melawat sanak saudara atau keluar membeli-belah, pakaian yang dipakai hendaklah menutup aurat dan tidak menjolok mata, berjalan dengan cara yang tidak menarik perhatian ramai serta berkelakuan baik. Si isteri perlulah menundukkan pandangan serta menjauhkan dirinya daripada segala fitnah yang mungkin akan berlaku.

PENDORONG DAN MEMBERI MOTIVASI
Isteri yang solehah seharusnya menjadi teman berunding bagi suami, menjadi sahabt dalam menyelesaikan masalah. Itulah sebabnya hubungan suami isteri itu diertikan orang sebagi "teman hidup". Jika suami menghadapi masalah untuk mencapai cita-citanya dan keluarganya, maka berilah motivasi kepada suami disamping menghiburkan hatinya.
Dalam sesebuah institusi keluarga, ahli-ahlinya perlulah bersama-sama memikul tanggungjawab supaya pembentukan keluarga bahagia akan tercapai. Dalam hal yang sedemikian, terdapat beberapa tanggungjawab yang dipikul bersama oleh suami isteri. Kedua-duanya perlulah mendalami ilmu fardu ain. Ini adalah perlu kerana ilmu ini merupakan panduan untuk mereka dalam menjalani kehidupan seharian. Kita juga wajib menuntut ilmu sampai ke liang lahad. Dengan mempelajari lebih banyak ilmu fardu ain, suami isteri dapat menghayati kehidupan Islam lebih bermakna lagi.
Untuk menyelesaikan apa juga masalah keluarga, suami isteri perlulah sentiasa berbincang demi kebaikan bersama. Suami isteri perlulah saling memaafkan dan menasihati kerana sebagai manusia, kita tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan. Ini adalah penting kerana tanpa sikap pemaaf dan saling tegur menegur ini, maka suami isteri itu akan hidup dalam kekacauan kerana sering melakukan kesilapan tanpa ada orang yang ingin menegurnya ataupun sering berbalah kerana tidak ada sikap pemaaf itu.
Salah satu hikmah berkahwin ini ialah suami isteri dapat melakukan solat berjemaah. Seperti yang diketahui, jika kita solat berjemaah, maka pahala yang diperolehi adalah berganda-ganda daripada solat secara sendiri. Dengan melakukan solat berjemaah ini maka perhubungan ukhwah antara suami isteri dapat dipereratkan. Yang paling penting dalam kehidupan sebagai suami isteri ini ialah bertawakal kepada Allah setelah berusaha sedaya upaya untuk mencapai kebahagiaan dalam hidup berumahtangga.



Sunday, January 9, 2011

::BerDtOX SamBiL TonToN AJL25::

Malam Ni baru berkesempatan nak merehatkan kakiku di rumah sambil menonton tv bersama rakan baik ku a.k.a my future biras...ahahhahaha.....malam ni juga baru tau cara pakai....


CARA PAKAI FOOT PATCH

- Setiap satu foot patch akan dapat sekeping pelekat.
- Basuh kaki dan keringkan, atau bahagian anggota badan sebelum menggunakan patch ini.
- Buka plastik & tampalkan foot patch (di sebelah yg ada tulisan) ke tengah2 pelekat tu.
- Kemudian tampalkan ke bahagian tengah tapak kaki. Boleh juga tampal dibahagian bermasalah seperti bahu, belakang badan, pinggang, lutut, pusat.
- Pakai sebelum tidur & esok bila bangun baru buka foot patch. Penggunaan selama 6 – 8 sewaktu tidur.
- Keesokkannya basuh kaki untuk hilangkan kesan kotoran. (Selepas dipakai foot patch akan berubah warna & sedikit berminyak/berlendirk - kesan pengeluaran toksin dari badan).
-Kesegaran mula terasa, badan terasa ringan, untuk bekerja pun semakin bersemangat.
- Pad yang telah digunakan hendaklah dibungkus dan dibuang dengan betul. Jauhkan dari kanak-kanak. Ia bertoksin.

Saturday, January 8, 2011

::TeRaSa HaTi::

Kenapa????sejak kebelakangan ni selalu je rasa tak best..rasa benci kat seseorg...rasa busan teramat sgt..buat apa pun tak kena...entah ler apa nak jadi dengan aku nih??...mungkin kah aku kecik hati??...entah ler...malas nak pkir tp selalu je terpikir...cam ne nih??....penat dah ler...ni kot yg baut aku tension pkir kot...ni gak yg buat aku pening kepala...aku presure kot...entah lah ek...Kalau aku cerita hal sebenar pada org lain pun mesti ada yg tak suka...tak setuju...tak n tak semuanya...entah ek...aku ni dah pening kot...entah ler...penat rrr pkir...nak nangis sepuas2nya....

Friday, January 7, 2011

::AkiBaT sUp KaMBinG yG KiNi MenJaDi PuJaaN HaTi Beta::

Hari ini hari kedua aku mengalami ujian yg benar2 sukar dlm hidup ini...Semalam dan hari ini aku benar2 sakit kepala yg teramat sangat...Benar telahan aku, aku mesti mengalami penyakit sama dengan familyku...ini akibat dari memakan daging kambing yg amat banyak...Sejak dari hari khamis lagi sampai saje di kampung mertuaku, aku mengajak hubby n adik serta anak2 buahku pekena 'Sup' di Pekan Seri Medan...Aku dengan 'rakus' menikmati sup itu dengan penuh nikmat..sampaikan adik iparku menegurku..Malu dengan perbuatan aku yg begitu buruk sekali...ahahahaakksss!!Semasa majlis berlangsung aku sudah mula rasa lain di bahagian kepala tp aku kuatkan semangatku demi meneruskan amanat hubbyku utk membantu adik perempaun terakhirnya bergelar tunangan orang....Juadah majlis tersebuat terdapat masakan yg berasaskan daging kambing jua..aku rasa amat gembira tak terkata...oh best yer...rasa macam nak makan banyak2 sgt...berkali2 aku meratah lauk daging kambing tu...Lauk tu dimasak sungguh sedap ini yg membuatkan aku semakin berselera hingga lupa yg aku tak boleh melampau sangat menikmatinya...Tetapi yg aku pelik sgt2, masa hari ahad n isnin tu aku tak terasa apa2 perubahan dalam diri ini...tetapi lepas saje balik dr pasar mlm dekat umahku, perghhhhhhh terasa pening yg termat sgt..aku confius samaada pening tu dtg sbb kena hujan atau sbb daging kambing tuh....mak oi sakit yer bukan main2....keesokan hari tu, aku gagahkan diri p juga keje...drive mcm org tgh mabuk tp alhamdulillah sampai gak aku kart opis...tp masa sampai opis tu aku dah rasa lain tp sempat juga aku pekena Nes utk break1 pagi tuh...jeng2...selepas tu aku mengadu kart opismate aku yg aku sakit kepala sangat2...hingga aku tak larat terjelepuk kart bawah meja dia...memang dah tak boleh blah....aku ingat dah mati dah aku ni..berjam2 lamanya aku tak sedarkan diri...seingat aku dr kol 9 lebih sampai kol 12 lebih lah aku tak sedarkan diri...

Thursday, January 6, 2011

::StarTinG nEw YeaR, nEw BoOk::

Hari berganti hari, bulan berganti bulan dan kini tahun telah berganti lagi...semakin meningkat usiaku...oh dah dekat 30 sen ler...alamak, tua dah ye....aku kembali menarikan jari jemariku di papan ini...ahahahakkkk ayat tak boleh blah...aku nak try juga berblog2 nih pasal aku tak leh tahan tgk memember sume ada blog nih....bukan kena bayar pun kan????so try ler...apa salahnya....nak share2 ngan memember kenikmatan ini..
Hari Ni Hari Ke6 Di Tahun Baru, aku baru nak mula berblog...sbb yer aku tak sempat sbb banyak sgt show sana sini....semua insan perlukan aku...so, hari ni walaupun tak sihat aku tetap nak berblog...thanks pada sahabat aku a.k.a biras aku Norida Binti Ramli yg banyak membantu utk wujudkan benda nih...ahahah....Sebenarnya, aku dah ada blog lama tapi aku lupa password..aku lupa semua...so, buat baru je lah senang...kali ni tak mau lupa dah ler...Aku nak jadikan blog ni sebagai tempat meluahkan segalanya tentang aku...uhuhuuuuuu...anyway, cukup ini ajelah pengenalan buat permulaan langkahku berblog